Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Sains Setiu merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pertama di Daerah Setiu, keenam di Terengganu dan SBP yang ke – 61 di Malaysia.Pembinaannya bermula pada tahun 2007 di atas tapak berkeluasan 50 ekar di Kampung Air Sejuk,Setiu.Terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar Permaisuri dan 90 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu.Sekolah ini siap dibina pada Februari 2011 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Mac 2011.Pada tarikh yang sama Encik Saifulddin Bin Mahmood telah dilantik sebagai ‘care-taker’ dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini yang lebih dikenali sebagai SAIS

Pembinaan SBP sulong di daerah bongsu Terengganu lengkap dengan bangunan pentadbiran,30 buah kelas ,3 buah makmal komputer,sebuah perpustakaan,bilik tayangan,padang permainan,dewan besar,surau,4 blok aspura dan aspuri serta 31 buah rumah guru.Sekolah ini mampu menampung sehingga 900 orang pelajar.

Pada 1 Mei 2012 kumpulan pertama 5 orang guru melapor diri untuk bertugas di sekolah ini dan diikuti pada bulan Jun.Puan Hajah Saudah binti Mat Noor,Pengetua pertama SAIS telah melapor diri pada 16 Julai 2011.

Pada 18 September 2011,SAIS telah menerima kumpulan pertama pelajar tingkatan satu.Pada tahun 2012 bilangan pelajar SAIS bertambah dengan kemasukan pelajar tingkatan satu dan empat.

Isnin, 8 Ogos 2016

PROGRAM MENGINDAHKAN SEKOLAH KE ARAH SEKOLAH DALAM TAMAN

Sebahagain besar masa kehidupan pelajar-pelajar di Sekolah Berasrama Penuh akan hanya berada di dalam kawasan sekolah.  Mereka kadang kala terasa terkurung berada di kawasan yang berpagar.  Sekali-sekala sahaja para pelajar akan dibenarkan balik bermalam dan keluar 'outing' bersama rakan-rakan dan keluarga.  Untuk mengelakkan rasa kebosanan pihak sekolah cuba mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang lebih ceria dan tenang untuk pelajar menjalani waktu sengang mereka.  Antara perkara yang sedang diusahakan ialah taman-taman di tepi bangunan sekolah.
Tanaman pokok palma (fox tail palm) yang diusahakan oleh En. Mohd Asrul.
 
Antara lanskap awal yang telah ada sejak 2015



 
 Taman-taman ini dibina mengikut kumpulan rumah.  Selain dari taman terdapat juga pondok-pondok yang disediakan oleh rumah-rumah kediaman masing-masing.  Ada juga rumah yang membina kolam untuk diisi dengan ikan hiasan dan ikan-ikan yang boleh dimakan.  Sekolah juga menjalankan taman-taman yang berkonsepkan 'kitchen garden'.  Pihak sekolah juga telah mengusakan pembinaan sebuah kolam yang agak besar dan diisikan dengan pelbagai jenis ikan.  Kolam ini telah menjadi salah satu stesen pembelajaran dimana pelajar boleh melihat sediri jenis dan bentuk ikan yang berbeza-beza, cara pergerakan dan ciri-ciri habitat ikan.  Selain itu pokok-pokok palma ditanam secara bercampur-campur dengan pokok yang boleh dimakan contohnya dikawasan umbi pokok-pokok palma ditanam juga pokok cili yang boleh diguankan buahnya untuk masakan.

Di bahagian hadapan sekolah mula ditanam dengan pokok bunga kertas dengan pelbagai warna. Selain dari itu satu mercutanda untuk menggambarkan sistem rumah yang ada di sekolah dengan pembinaan tiang yang diwarnak mengikut warna rumah dan dilengkapkan dengan nama sahabat Rasullullah yang dipakai sebagai nama-nama rumah sukan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan