Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Sains Setiu merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pertama di Daerah Setiu, keenam di Terengganu dan SBP yang ke – 61 di Malaysia.Pembinaannya bermula pada tahun 2007 di atas tapak berkeluasan 50 ekar di Kampung Air Sejuk,Setiu.Terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar Permaisuri dan 90 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu.Sekolah ini siap dibina pada Februari 2011 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Mac 2011.Pada tarikh yang sama Encik Saifulddin Bin Mahmood telah dilantik sebagai ‘care-taker’ dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini yang lebih dikenali sebagai SAIS

Pembinaan SBP sulong di daerah bongsu Terengganu lengkap dengan bangunan pentadbiran,30 buah kelas ,3 buah makmal komputer,sebuah perpustakaan,bilik tayangan,padang permainan,dewan besar,surau,4 blok aspura dan aspuri serta 31 buah rumah guru.Sekolah ini mampu menampung sehingga 900 orang pelajar.

Pada 1 Mei 2012 kumpulan pertama 5 orang guru melapor diri untuk bertugas di sekolah ini dan diikuti pada bulan Jun.Puan Hajah Saudah binti Mat Noor,Pengetua pertama SAIS telah melapor diri pada 16 Julai 2011.

Pada 18 September 2011,SAIS telah menerima kumpulan pertama pelajar tingkatan satu.Pada tahun 2012 bilangan pelajar SAIS bertambah dengan kemasukan pelajar tingkatan satu dan empat.

Sabtu, 13 Ogos 2016

MEMUPUK BUDAYA BERSIH, KEMAS DAN CERIA SERTA PAK 21

Memupuk budaya menjaga kebersihan dan keceriaan di kalangan pelajar merupakan satu cabaran kepada para pendidik.  Para pelajar perlu diingatkan berulangkali supaya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.  Di kebanyakkan sekolah guru-guru kelas bersama pelajar menghias kelas-masing masing.  Untuk memupuk budaya ini pelbagai aktiviti dijalankan.  Antara aktiviti yang dilakukan oleh sekolah-sekolah ialah menghias bilik darjah masing-masing.  Bilik darjah perlu dihiaskan dengan ciri-ciri yang ditetapkan oleh jawatankuasa kebersihan dan keceriaan sekolah.  Bilik darjah pelu lengkap dengan papan kenyataan di bahagian belakang kelas.  Ruang pada papan kenyataan ini di bahagikan kepada sudut-sudut mata pelajaran.  Apabila bermulanya Transformasi pendidikan, bilik darjah mula dihias dan dilengkapkan berdasarkan Pengajaran Abad ke 21 (PAK21).

Ciri-ciri susunan kelas di Abad ke 21 banyak dipaparkan di media masa dan di media internet.  Bilik-bilik darjah di sekolah sudah mula disusun atur seperti yang dicadangkan.  Berikut adalah beberapa contoh susun atur kelas PAK21. 

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.



10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
Ciri pembelajaran abad ke 21


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp


3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor


6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas


8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja


10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan