Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Sains Setiu merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pertama di Daerah Setiu, keenam di Terengganu dan SBP yang ke – 61 di Malaysia.Pembinaannya bermula pada tahun 2007 di atas tapak berkeluasan 50 ekar di Kampung Air Sejuk,Setiu.Terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar Permaisuri dan 90 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu.Sekolah ini siap dibina pada Februari 2011 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Mac 2011.Pada tarikh yang sama Encik Saifulddin Bin Mahmood telah dilantik sebagai ‘care-taker’ dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini yang lebih dikenali sebagai SAIS

Pembinaan SBP sulong di daerah bongsu Terengganu lengkap dengan bangunan pentadbiran,30 buah kelas ,3 buah makmal komputer,sebuah perpustakaan,bilik tayangan,padang permainan,dewan besar,surau,4 blok aspura dan aspuri serta 31 buah rumah guru.Sekolah ini mampu menampung sehingga 900 orang pelajar.

Pada 1 Mei 2012 kumpulan pertama 5 orang guru melapor diri untuk bertugas di sekolah ini dan diikuti pada bulan Jun.Puan Hajah Saudah binti Mat Noor,Pengetua pertama SAIS telah melapor diri pada 16 Julai 2011.

Pada 18 September 2011,SAIS telah menerima kumpulan pertama pelajar tingkatan satu.Pada tahun 2012 bilangan pelajar SAIS bertambah dengan kemasukan pelajar tingkatan satu dan empat.

Ahad, 28 Ogos 2016

Program Pembangunan Kebitaraan Ragbi Sais


Pada 27 Ogos yang lepas pasukan ragbi bawah 14 Sais telah menyertai pertandingan ragbi KUBER Tens bertempat di MRSM Kuala Berang. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama pasukan bawah 14 bagi tahun 2016. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di awal tahun telah menyebabkan banyak pertandingan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa terpaksa dibatalkan. Oleh yang demikian, pasukan sekolah terpaksa bergantung kepada kejohanan dalaman untuk mengembangkan lagi bakat pemain-pemain di peringkat bawahan.

          Alhamdullilah pasukan Sais Stallions U14 berjaya merangkul Johan Bowl dalam kejohanan tersebut. Diharapkan selepas ini pasukan ini dapat meningkatkan lagi prestasi dalam permainan dan dapat mengungguli kategori Cup. Syabas dan tahniah buat semua pemain dan juga guru-guru pengiring.

 Hadiah disampaikan oleh mantan Pengarah JPN Terengganu, Tn Hj Ariffin Embong



Aksi Final Bowl menentang SMSD Vikings


 Captain in action!

 Try pertama yang dibuat oleh Sais Stallions



 Pasukan Sais Stallions bersama jurulatih En. Firdaus Azam



Para pemain pelapis Sais



Ringkasan kejohanan:

Peringkat kumpulan
Sais Stallions vs Sahut (Seri 0-0)
Sais Stallions vs Akademi Ragbi Terengganu ( Kalah 0-10)

Semi final Bowl
Sais Stallions vs Lightning BraInS (Menang 15-0)

Final Bowl
Sais Stallions vs SMS Dungun Vikings (Menang 14-7)



Hasil kerja pelajar

Ini adalah antara hasil kerja pelajar SAIS. Melukis potret tokoh sempena bulan kemerdekaan pada tahun ni...

Anda boleh menilainya sendiri kreativiti anak2 SAIS ini. 

cantik bukan!!!???








Sabtu, 27 Ogos 2016

Majlis Perpisahan

Segala puji bagi Allah kerana pada pagi ini telah dapat menyempurnakan satu majlis perpisahan buat dua orang guru SAIS yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan PHD. Dua guru yang dimaksudkan itu adalah Ustazah Yuhanah Harun dan Pn. Zurinah Yunus. 

Pn. Zurinah bersama Pn. Hasimah sambil diperhatikan ayahanda Pengetua

Ayahnda Pengetua menyampaikan hadiah kenangan kepada Ustazah Yuhanah

admin ucapkan selamat bergelar seorang "pelajar"

Rabu, 24 Ogos 2016

Al Fatihah buat arwah Pak Cik Jan

Salah seorang pekerja pembersihan yang bertugas di SAIS ini telah kembali ke rahmatullah pada 20 ogos 2016 jam 1100 malam yang lalu. 

Arwah merupakan seorang tukang kebun di SAIS ni. Sepanjang perkenalan admin dengan arwah, arwah bukanlah seorang yang sombong. Pendiam orangnya, tak banyak cakap. Bila tiba time rehat (waktu zohor) arwah selalu tunaikan solat di surau. 

Moga arwah tenang di sana dan digolongkan di kalangan orang2 solihin. Amin. 


Selasa, 23 Ogos 2016

Pakaian Seragam

Setiap hari Selasa para pelajar diwajibkan untuk memakai pakaian seragam@beruniform. Sebelum ke  tempat rocall para pelajar dikehendaki berkawad bermula dari asrama menuju ke tempat rocall. 

Memang segak anak2 SAIS memakai pakaian seragam ni. 




Isnin, 22 Ogos 2016

Penyampaian Hadiah untuk Stream Showcase

Syukur pada Ilahi kerana awal pagi tadi (rocall) telah diadakan penyampaian hadiah Stream Showcase. Stream Showcase ini adalah satu program reka cipta @ inovasi berpaksikan kepada subjek Matematik dan Sains. Ianya melibatkan pelajar2 tingkatan 1 sahaja. 

Tahniah diucapkan kepada yang telah menang! 










Ahad, 21 Ogos 2016

PELANCARAN HARI KEBANGSAAN DI SAIS 2016

Pada 17 Ogos 2016, dataran Tok Ku Paloh menjadi saksi kepada majlis pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah.  Para pelajar telah mula berkumpul di Dataran Tok Ku Paloh seawal jam 7.00 pagi.  Para pelajar bermula dengan aktiviti membaca surah pilihan,  Kemudian diikuti taklimat oleh guru penyelaras pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan.  Majlis pelancaran tahun ini diuruskan oleh En. Suhaimi dan En. Mahadi.

Tetamu Kehormat pada kali ini adalah Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, Tn. Hj. Kipayatull Allah bin Dato' Mohd Said.  Acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku dan diikuti dengan ucapan dari tuan Pengetua dan KPPD.
 Acara Penyerahan Plat Pelancaran Hari Kemerdekaan untuk di tandatangani oleh KPPD, Perarakan perbarisan terdiri daripada kadet polis yang membawa bendera dan diiringi oleh penunggang berkuda.

 Tuan KPPD, Tn. Hj. Kipayatull Allah sedang menandatangani Plak Pelancaran Hari Kemerdekaan.


 Nyanyian lagu Jalur gemilang dan sehati sejiwa beramai-ramai.
 Kumpulan guru lelaki yang hadir di hari pelancaran.
Kumpulan guru perempuan dengan pakaian bendera malaysia dengan penuh gaya.

Ujian Percubaan PT3 & SPM

Hari ini dengan izin Allah SWT telah berlangsungnya Ujian Percubaan PT3 dan SPM. Subjek pertama untuk PT3 adalah Bahasa Melayu dan Matematik manakala bagi SPM pula adalah Bahasa Melayu I & II. 

Semoga anak2 didik SAIS beroleh kejayaan pada ujian kali ini. Amin .

 pelajar2 PT3 menduduki ujian di Dewan Tok Setiu

 sedang tekun menjawab....jawab jangan tak jawab

 tengah menjawab soalan Matematik tu, apa buktinya???saper tau?

pelajar lelaki yg dekat dengan lens kamera ni namanya Adi...femes budak ni.pandai main caklempong

 tolong senyap abam2 sado n akak2 cutes ....exam still go on

 pelajar2 tingkatan 5 sedang memerah otak menjawab kertas Bahasa Melayu

buat abang2 n kakak2 kalau tak dapat jawab tu,rileks dulu, minum air kosong kat atas meja tu

hopely, selamat maju jaya buat anak2ku...doa kami mengiringi kamu semua 

بالتوفبق والنجاح

Sabtu, 13 Ogos 2016

MEMUPUK BUDAYA BERSIH, KEMAS DAN CERIA SERTA PAK 21

Memupuk budaya menjaga kebersihan dan keceriaan di kalangan pelajar merupakan satu cabaran kepada para pendidik.  Para pelajar perlu diingatkan berulangkali supaya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.  Di kebanyakkan sekolah guru-guru kelas bersama pelajar menghias kelas-masing masing.  Untuk memupuk budaya ini pelbagai aktiviti dijalankan.  Antara aktiviti yang dilakukan oleh sekolah-sekolah ialah menghias bilik darjah masing-masing.  Bilik darjah perlu dihiaskan dengan ciri-ciri yang ditetapkan oleh jawatankuasa kebersihan dan keceriaan sekolah.  Bilik darjah pelu lengkap dengan papan kenyataan di bahagian belakang kelas.  Ruang pada papan kenyataan ini di bahagikan kepada sudut-sudut mata pelajaran.  Apabila bermulanya Transformasi pendidikan, bilik darjah mula dihias dan dilengkapkan berdasarkan Pengajaran Abad ke 21 (PAK21).

Ciri-ciri susunan kelas di Abad ke 21 banyak dipaparkan di media masa dan di media internet.  Bilik-bilik darjah di sekolah sudah mula disusun atur seperti yang dicadangkan.  Berikut adalah beberapa contoh susun atur kelas PAK21. 

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.



10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
Ciri pembelajaran abad ke 21


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp


3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor


6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas


8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja


10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran

Selasa, 9 Ogos 2016

MARI MAKAN ANAK-ANAK SAIS

Rutin harian bagi pelajar yang tinggal di asrama ialah hadir ke dewan makan sekolah untuk menjamu selera mengikut jadual yang ditetapkan.  Di SAIS, kontrak bekalan makanan bermasak disediakan oleh sebuah syarikat di bawah sebuah consortium.  Urusan penyediaan makanan dikendalikan oleh En. Kamarul.  Beliau ditugaskan oleh consortium sebagai pengurus disini. 

Lihat suasana makan malam bagi pelajar-pelajar SAIS.