Sejarah Sekolah

Menu utama

Ahad, 21 Ogos 2016

PELANCARAN HARI KEBANGSAAN DI SAIS 2016

Pada 17 Ogos 2016, dataran Tok Ku Paloh menjadi saksi kepada majlis pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah.  Para pelajar telah mula berkumpul di Dataran Tok Ku Paloh seawal jam 7.00 pagi.  Para pelajar bermula dengan aktiviti membaca surah pilihan,  Kemudian diikuti taklimat oleh guru penyelaras pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan.  Majlis pelancaran tahun ini diuruskan oleh En. Suhaimi dan En. Mahadi.

Tetamu Kehormat pada kali ini adalah Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, Tn. Hj. Kipayatull Allah bin Dato' Mohd Said.  Acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku dan diikuti dengan ucapan dari tuan Pengetua dan KPPD.
 Acara Penyerahan Plat Pelancaran Hari Kemerdekaan untuk di tandatangani oleh KPPD, Perarakan perbarisan terdiri daripada kadet polis yang membawa bendera dan diiringi oleh penunggang berkuda.

 Tuan KPPD, Tn. Hj. Kipayatull Allah sedang menandatangani Plak Pelancaran Hari Kemerdekaan.


 Nyanyian lagu Jalur gemilang dan sehati sejiwa beramai-ramai.
 Kumpulan guru lelaki yang hadir di hari pelancaran.
Kumpulan guru perempuan dengan pakaian bendera malaysia dengan penuh gaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan