Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Sains Setiu merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pertama di Daerah Setiu, keenam di Terengganu dan SBP yang ke – 61 di Malaysia.Pembinaannya bermula pada tahun 2007 di atas tapak berkeluasan 50 ekar di Kampung Air Sejuk,Setiu.Terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar Permaisuri dan 90 kilometer dari pusat Bandar Kuala Terengganu.Sekolah ini siap dibina pada Februari 2011 dan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada 1 Mac 2011.Pada tarikh yang sama Encik Saifulddin Bin Mahmood telah dilantik sebagai ‘care-taker’ dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah ini yang lebih dikenali sebagai SAIS

Pembinaan SBP sulong di daerah bongsu Terengganu lengkap dengan bangunan pentadbiran,30 buah kelas ,3 buah makmal komputer,sebuah perpustakaan,bilik tayangan,padang permainan,dewan besar,surau,4 blok aspura dan aspuri serta 31 buah rumah guru.Sekolah ini mampu menampung sehingga 900 orang pelajar.

Pada 1 Mei 2012 kumpulan pertama 5 orang guru melapor diri untuk bertugas di sekolah ini dan diikuti pada bulan Jun.Puan Hajah Saudah binti Mat Noor,Pengetua pertama SAIS telah melapor diri pada 16 Julai 2011.

Pada 18 September 2011,SAIS telah menerima kumpulan pertama pelajar tingkatan satu.Pada tahun 2012 bilangan pelajar SAIS bertambah dengan kemasukan pelajar tingkatan satu dan empat.

Sabtu, 14 April 2018

Pelancaran program NILAM




Perlaksanaan Dan pelancaran program NILAM Hari ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua. Dalam ucapannya, beliau menyebut kelebihan membaca seperti yg disarankan oleh Alla SWT kpd Nabi Muhammad SAW. Beliau juga memberitahu ttg kelebihan yg seseorang itu akn dpt apabila membaca. Antaranya ialah menghilangkan stress, menambah pengetahuan Dan lain² lg.

Ahad, 8 April 2018

Program penanaman pokok Paya Bakau

Tempat: Setiu Wetland






Pentaqu

Alhamdulillah..
Keputusan kejohananan petanque angkasa daerah setiu 7/4/2017

Kategori lelaki
Sais Johan

Kategori perempuan
Sais Naib Johan

Akan mewakili daerah ke negeri pada 19 dan 20.4.2018



Selasa, 3 April 2018

LADAP PAK 21

Cerita sabtu lepas 31 Mac...
LADAP PAK 21 yg bertempat di ILIM,Besut.Penceramahnya adalah cikgu Hailmi,guru cemerlang dr Kedah.Banyak input menarik yg dikongsikan oleh beliau dlm pdpc in.