Sejarah Sekolah

Menu utama

Rabu, 26 Oktober 2016

SAIS Tuan Rumah Pentaque

Hari ini bermula lah kejohanan Pentaque peringkat SBP. SAIS telah menjadi penganjur sekaligus sebagai tuan rumah untuk kejohanan ini. Kejohanan ini akan berlangsung selama 2 hari. 

pasukan Pentaque SAIS 

pasukan Pentaque Perempuan beraksi

Cikgu Khairil sebagai Juri Hakim 

Ahmad Hafiz dengan gaya dan skillnya yg tersendiri


Selasa, 25 Oktober 2016

Majlis Anugerah Sri Gemilang

Alhamdulillah Majlis ASG telah berlangsung dengan jayanya malam tadi. Turut hadir dalam majlis itu adalah Prof. Dr. Nordin Simbak, Dekan Fakulti Perubatan UNISZA. 

ASG yang bertemakan Kabhi Kushi Kabhi Gham kekeluargaan)  mendapat tempat di hati guru2 SAIS dengan mengenakan pakaian2 India@hindustan...

 antara tetamu yg hadir

 penyampaian anugerah rumah terbaik keseluruhan.....Uthman Al Affan



 drama pendek turut dilakonkan yg mengisahkan dilema seorang anak terhadap keluarganya....

tarian pelajar 




telatah guru2...

barisan guru yg turut menggayakan pakaian bollywood



Ahad, 23 Oktober 2016

PELANGI SENJA DI SAIS

Pemandangan yang sangat indah dan mempersonakan,  Suasana yang sekali sekala kita jumpa.  Pada satu petang lebih kurang 6.30 petang selepas hujan ribut reda muncullah panoram yang sangat indah menjadi latar belakang kepada kampus SAIS.  Fenomena ini berlaku apabila pembiasan cahaya putih dari sinaran matahari terhadap titis-titis air di angkasa.  Sinaran ini terbias kepada 7 warna yang membentuk jalur melengkung. Jaluran Warna ini dipanggil spektrum warna atau pelangi.


























Sabtu, 22 Oktober 2016

Perkhemahan Pengakap PT3

SAIS telah menghantar satu patrol pengakap seramai 8 orang untuk ikuti perkhemahan yang berlangsung pd 18 hingga 20 Oktober yang lepas di tapak PPD lama Setiu. 

Kem yang berlangsung selama 3 hari itu diikuti oleh semua sekolah menengah peringkat daerah Setiu. Semua pasukan didedahkan dengan perkara2 yang berkaitan dengan pengakap termasuk ikatan & simpulan, membuat gajet, kawad dan lain2... Lebih mengujakan setiap pasukan perlu memasak untuk pasukan masing2 selama 3 hari berturut2...









Selasa, 18 Oktober 2016

Kem Go Green di Permai Hotel





Kem Go Green yang dibuat di Permai Hotel di bawah bimbingan Cg Qzairuddin dan Pn. Roshaida.


Dinner form 5 dan Graduasi

Jumaat lepas, berlangsungnya rehat minda dan majls makan malam bagi pelajar form 5. Dan yang paling penting sekali adalah graduasi form 5.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengarah JPNT sebagai VIP.