Sejarah Sekolah

Menu utama

Ahad, 28 Ogos 2016

Program Pembangunan Kebitaraan Ragbi Sais


Pada 27 Ogos yang lepas pasukan ragbi bawah 14 Sais telah menyertai pertandingan ragbi KUBER Tens bertempat di MRSM Kuala Berang. Kejohanan ini merupakan kejohanan pertama pasukan bawah 14 bagi tahun 2016. Keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di awal tahun telah menyebabkan banyak pertandingan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa terpaksa dibatalkan. Oleh yang demikian, pasukan sekolah terpaksa bergantung kepada kejohanan dalaman untuk mengembangkan lagi bakat pemain-pemain di peringkat bawahan.

          Alhamdullilah pasukan Sais Stallions U14 berjaya merangkul Johan Bowl dalam kejohanan tersebut. Diharapkan selepas ini pasukan ini dapat meningkatkan lagi prestasi dalam permainan dan dapat mengungguli kategori Cup. Syabas dan tahniah buat semua pemain dan juga guru-guru pengiring.

 Hadiah disampaikan oleh mantan Pengarah JPN Terengganu, Tn Hj Ariffin Embong



Aksi Final Bowl menentang SMSD Vikings


 Captain in action!

 Try pertama yang dibuat oleh Sais Stallions



 Pasukan Sais Stallions bersama jurulatih En. Firdaus Azam



Para pemain pelapis Sais



Ringkasan kejohanan:

Peringkat kumpulan
Sais Stallions vs Sahut (Seri 0-0)
Sais Stallions vs Akademi Ragbi Terengganu ( Kalah 0-10)

Semi final Bowl
Sais Stallions vs Lightning BraInS (Menang 15-0)

Final Bowl
Sais Stallions vs SMS Dungun Vikings (Menang 14-7)



1 ulasan:

  1. Terima kasih cg kerana telah mula memasukkan bahan tentang pasukan ragby yang menjadi niche area sekolah.

    BalasPadam