PENDAHULUAN
Sistem Rumah merupakan pendekatan yang diperkenalkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai langkah menghasilkan modal insan yang serba boleh bagi menyahut cabaran era globalisasi. Sistem ini telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (kumpulan premier), namun pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua Sekolah Berasrama Penuh. Ini merupakan langkah proaktif Sektor Sekolah Berasrama Penuh untuk mencapai misi dan matlamat SBP seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Buku Panduan Sistem Rumah ini digubal sebagai garis panduan untuk menyeragamkan pelaksanaan Sistem Rumah di semua Sekolah Berasrama Penuh.
FALSAFAH
Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembang kebolehan murid-murid yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.
MISI
Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang abad ke-21.
MATLAMAT
1. Mewujudkan peluang untuk murid-murid yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif
2. Memperbanyakkan murid bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara
3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kepemimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat
4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia
5. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja
6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat alam remaja
7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang
8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan murid SBP
9. Menghasilkan murid-murid yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana
10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan Wawasan 2020
NILAI TERAS
• Berpegang teguh pada agama
• Berilmu
• Berfikir
• Rajin
• Berani
• Ikram
• Sentiasa mengejar kecemerlangan
• Berbakti
PENUTUP
Pengembelingan tenaga semua pihak amat diperlukan untuk memastikan Sistem Rumah berjaya direalisasikan di semua SBP. Dengan sokongan padu semua pihak pastinya Sistem Rumah akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menjadi satu saistem yang mantap. Adalah diharapkan Buku Panduan ini dapat menjadi rujukan kepada semua SBP bagi melahirkan warga sekolah yang berpotensi tinggi, memperkaya kemahiran kendiri dalam pelbagai bidang dan seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. .
MERCU TANDA SISTEM RUMAH DI SAIS
Sejarah Sekolah
▼
Menu utama
▼
Selasa, 26 Julai 2016
LAWATAN KE BAHAGIAN TEKNOLGI PENDIDIKAN JOHOR
Sejarah Penubuhan BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN.
Program Teknologi Pendidikan mula diperkenalkan di dalam sistem pendidikan negara semenjak sebelum Merdeka, melalui alat bantu mengajar. Melalui penggunaan alat-alat bantu mengajar seperti filem jalur secara terancang, dapat menjelaskan konsep pembelajaran dan memperkayakan suasana pembelajaran dengan bantuan gambar, teks dan audio.
Pada tahun 1949, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandang Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskan penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajar. Dengan perkembangan penerbitan bahan dan keperluan khidmat nasihat yang berterusan ke atas pengurusan dan penggunaan alat-alat tersebut, maka Jawatankuasa Alat Pandang Dengar Negeri dan Pusat Alat Pandang Dengar Negeri ditubuhkan pada tahun 1950-an. Pada tahun 1956, satu Jawatankuasa sepenuh masa dibentuk dan diketuai oleh seorang Setiausaha Alat Pandang Dengar.
Pada peringkat awal, perkhidmatan Unit Alat Pandang Dengar diletakkan di bawah Bahagian Latihan Guru, memandangkan guru-guru digalakkan menggunakan APD dalam proses pengajaran masing-masing. Dengan perombakan Kementerian Pelajaran pada tahun 1963, Unit APD dipindahkan ke Bahagian Sekolah-Sekolah dan seterusnya telah menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan dan 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara untuk memberi perkhidmatan kepada 1.500 buah Sekolah Rendah Kebangsaan.
Usaha untuk memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan-kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966. Usaha ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan Penyiaran dan Kementerian Pelajaran. Penumpuan diberikan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan ini diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah.
Pada tanggal 18 Mei 1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran, tetapi Kementerian Penerangan dan Penyiaran terus menyediakan kakitangannya sehingga Kementerian Pelajaran mengganti kakitangannya sendiri pada satu tempoh yang sesuai kelak.
Pada akhir 1960-an, konsep multi-media telah berkembang dan diyakini berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan pelancaran siaran rancangan television pada tahun 1963, Kementerian Pelajaran telah menjalankan dua projek rintis pada tahun 1965 di sekolah rendah dan pada tahun 1966 di sekolah menengah untuk mengkaji kesesuaian mengadakan perkhidmatan TV Pendidikan. Dapatan ke atas kajian amat menggalakkan dan mencadangkan untuk menubuhkan Perkhidmatan Televisen Pendidikan.
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Kelulusan untuk mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971. Fungsi utamanya pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah. Kini, BTP mempunyai 11 sektor dan 15 BTPN.Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah melantik En. Alan Hancock dari The Centre for Educational Television Overseas (London) menjalankan kajian tentang kemungkinan menggabungkan perkhidmatan alat bantu mengajar, radio pendidikan dan television pendidikan. Hasil laporan yang dikemukakan dan disokong dengan perkembangan konsep multi-media yang berpotensi untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran, dalam tahun 1971, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek penubuhan TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki. |
Visi |
---|
Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.
|
Misi |
---|
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.
|
Moto |
---|
" Teknologi Untuk Pendidikan Bestari "
|
Piagam Pelanggan |
---|
Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk :-
|
Fungsi Utama |
---|
|
Falsafah |
---|
Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.
|
Dasar Kualiti |
---|
Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan.
|
Objektif Organisasi Bahagian Teknologi Pendidikan |
---|
|
PUSAT SUMBER SEBAGAI UNIT SOKONGAN AKADEMIK
APAKAH ITU PUSAT SUMBER SEKOLAH ( PSS )?
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
Strategi Pelaksanaan Dasar PSS adalah seperti berikut:
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
• Memastikan Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.
• Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis
• Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah
• Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
• Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
• Pusat Ilmu
• Pusat Penemuan
• Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
• Pusat Pengajaran
• Pusat Profesional
• Pusat Hubungan Masyarakat
• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
• Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
• Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
• Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
• Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri daripada:
a. Pinjaman biasa
b. Pinjaman khas
c. Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
• Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
• Pemilihan bahan
• Pencarian maklumat
• Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
• Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
• Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah / PSS
b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan majalah
d. bibliografi beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks bahan terpilih
g. pangkalan data bibliografi sumber PSS
h. pameran buku baru
• Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.
• Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.
• Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
• Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
• Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
• Pusat Akses Kendiri
• Sudut Bercerita / Aktiviti
• Sudut / Bilik Perbincangan
• Bilik Rakaman
• Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.
• Perkhidmatan Akses Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.
Terdapat dua program utama PSS iaitu program galakan membaca dan literasi maklumat. Semua aktiviti yang dirancang perlu menjurus ke arah pelaksanaan program ini.
Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan program PSS diselaraskan, Surat Pekeliling Ikhtisas berikut perlu dipatuhi dan dijadikan panduan:
b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1988 : Kegiatan Khas Bagi Tahun Pembaca 1988 bertarikh 20 Januari 1988
e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2001: Gerakan Membaca di Sekolah-sekolah Melalui Persatuan Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri bertarikh 19 November 2001
f) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003: Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003.
g) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005: Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005
1. Program Galakan Membaca
Program galakan membaca perlu dilaksanakan kerana budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat dapat dibina melalui amalan membaca yang berterusan.
Bagi memantapkan program galakan membaca, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan pendekatan pembacaan secara terancang melalui program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca).
2. Literasi Maklumat
Program literasi maklumat perlu dilaksanakan untuk menyedia dan melengkapkan murid dengan kemahiran tertentu yang diperlukan bagi menghadapi kehidupan sebenar.
Aspek kemahiran yang perlu diberi penekanan dalam literasi maklumat adalah seperti berikut:
• Pentafsiran maklumat
• Penghasilan produk yang berkualiti
• Pembelajaran kendiri
• Penglibatan secara aktif sebagai ahli kumpulan kerj
• Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dan beretika
Kemahiran yang menyumbang ke arah pencapaian matlamat literasi maklumat adalah seperti berikut:
• Kemahiran belajar secara kendiri
• Kemahiran bekerjasama
• Kemahiran merancang
• Kemahiran mencari dan mengumpul
• Kemahiran memilih dan mentafsir
• Kemahiran menyusun dan merekod
• Kemahiran komunikasi
• Kemahiran menilai
Literasi maklumat perlu dilaksanakan oleh GPM dan semua guru mata pelajaran secara :
• modular
• integrasi / merentas kurikulum